Tuesday, March 3, 2009

“SIKAP PENENTU KEJAYAAN”


Apa Itu Sikap ???
 Sikap adalah perbuatan atau pandangan berdasarkan sesuatu pendapat.
Apa itu kejayaan ???
 Adalah satu pilihan hidup bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata.
 Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah dan mengawal emosi mereka.
Bolehkah sikap di ubah???
 Setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu di gugat, dicabar, dibenci dan kemudiannya diganti dengan alternatif yang baru.
 contoh anda dan kawan anda menyertai lumba motosikal haram akibatnya berlaku kemalangan yang mana rakan anda telah meninggal ditempat kejadian. Ketika itu anda berkemungkinan besar akan mengubah sikap anda membuatkan anda insaf dan tidak lagi menyertai lumba haram.

Faktor-faktor Penyebab Kejayaan:
 Penampilan diri – ikhlas, amanah, jujur, yakin dan boleh dipercayai.
 Matlamat
 Fokus
 Positif
 Sentiasa bergaul dengan orang yang baik (positif ) dan berjaya
 Konsisten
 Utama yang di utamakan
 Minat
 Merancang untuk terus berjaya

Prinsip Kejayaan
Persistensi
 adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merialisasikansesuatu matlamat.
 contoh Nabi Muhammad s.a.w mengembangkan Islam tanpa bergantung kepada mukjizat selain daripada al-Quran. Walaupun dihina dan terpaksa menghadapi banyak kesulitan namun kerana sikap persistensinya, dia akhirnya berjaya.

Air yang menitik secara berterusan itu mampu menghakis batu. Parang yang diasah berterusan itu akan tajam. Begitulah juga dengan diri manusia. Oleh itu jangan mudah berputus asa dalam berusaha. Anda tidak boleh gagal atas apa alasan sekalipun. Jadikan setiap kegagalan itu sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri, untuk mengubah perancangan, untuk lebih fleksibel dan lambat laun kejayaan itu pasti milik anda !!!